Berita Terkini

Mesyuarat Agong Tahunan KOOPMAR Ke-5

Tarikh: 17 Februari 2026

Tempat: Bilik Bacaan Ar-Ghaffar,

Taman Seri Bayu 2

Masa: 2.30 Petang

Semua Anggota Dijemput Hadir

Semua ahli amat digalakkan hadir ke MAT ini kerana kehadiran anda memainkan peranan penting dalam memperkukuh koperasi serta memastikan pertumbuhan yang berterusan. MAT ini juga akan menjadi platform penting untuk menilai pencapaian koperasi, membincangkan rancangan masa hadapan, dan mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan ahli.

Sebagai tanda penghargaan, saguhati kehadiran akan diberikan kepada semua ahli yang hadir. Selain itu, sumbangan Hari Raya atau dividen yang dicadangkan,akan diagihkan kepada ahli yang layak jika diluluskan oleh Juruaudit Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),

Penyertaan anda bukan sahaja satu hak, malah merupakan tanggungjawab anda terhadap kemajuan KOOPMAR dan komuniti yang diwakilinya. Marilah kita terus bersama-sama membina kemakmuran dan keberkatan bersama.